Saturday, 20 June 2015

**true story**




Bismillahirrahmanirrahim . 


Today , nak cerita about **true story** (speaking) Hiks ! Memang true punya story , bukan rekaan semata . Ceritanya begini ----- 


      Satu hari , ada seorang ukhti ni , dia sedih sangat , sangat-sangat sedih dengan apa yang terjadi (adalah something happen ni kan) . Then , dia menangis (biasa lah nama pun *perempuan* cepat lah air mata dia keluar) . Dia menangis masa tu sebab dia rasa dia dah give up sangat , sangat-sangat give up , sampai tak pernah dia rasa sedih macam tu . Tambah lagi bila dia rasa sedih tu , tak ada *NOBODY*/ *NO ONE* (englishnya) ambil peduli , tiada siapa tahu dia tengah menangis , sedih masa tu like orang selalu sebut "who cares" ? Haa macam tu lah . 

      Tengah-tengah dia menangis tu , dia pegang handphone dia , lepas tu ada lah whatsapp masuk , dia tengok , whatsapp group kawan-kawan sekolah dia . Masa tu , dia tak nak lah buka and baca lagi mesej whatsapp tu , dia biarkan dan terus menangis . Lepas beberapa minit tu , terdetik hati dia untuk buka whatsapp kawan dia hantar dekat group sekolah dia tu . 

      Dia buka dalam keadaan air mata masih lagi menitis . Then , dia baca mesej whatsapp kawan dia hantar tu , dan mesej tu membuatkan dia bertambah menangis , dan terus lagi menangis dengan lebih dasyat dari sebelumnya . Nak tahu apa isi mesej yang kawan dia hantar tu ? -------


                " Allah sayang orang ini , bila dia ditimpa kesusahan , kesedihan , tiba-tiba Allah hadirkan seseorang untuk bagi bantuan sama ada dari segi harta , nasihat dan apa-apapun untuk meredakan dan meraih lagi ketenangan . 

Tapi ...

Allah lebih sayang orang ini , bila dia ditimpa kesusahan , kesedihan , kesakitan , tiada seorangpun yang datang , dia menangis , tiada siapa pun di sisi , tapi tiba-tiba Allah ilhamkan dalam hati suatu ketenangan, tiba-tiba Allah tunjukkan suatu kata-kata yang menyebabkan dia bermuhasabah diri , tiba-tiba ujian yang dia terima dia merasa ketenangan , orang ini selalunya Allah pujuk secara direct , Allah pujuk sendiri bukan pada perantaraan "...

        Then , ukhti itu pon merasa lebih tenang daripada sebelumnya , selepas dia baca apa yang kawan dia hantar . Dia mengesat air matanya , beristighfar dalam hati , dan ukhti itu pun berasa bersyukur kerana apabila dia sedih , walau tiada siapa tahu , tiada siapa peduli tapi masih ada lagi yang ingat akan dia , sayang akan dia , iaitu Allah Azzawajalla . Allahuakbar . Malah Allah pujuk direct pada dia tanpa bantuan sesiapa di sisi untuk memberi semangat . 

      The point kat sini , kalau kita sedih macam mana sekalipun , give up macam mana pun , bila kita tiada siapa-siapa tempat untuk mengadu , jangan risau , Allah itu masih ada . Allah dengar , Allah tahu apa kita rasa . Hanya satu , doa , mohon , mengadu pada si Dia yang Maha Berkuasa . In shaa Allah hati akan tenang bila mengadu pada si Dia . Wallahualam .

Thanks to all my readers , mohon maaf jika ada kekurangan atau kesilapan dalam post ini . Jumpa di lain post , In shaa Allah . 

by : #writer 


No comments:

Post a Comment