Bismillahirrahmanirrahim .
Alhamdulillah , syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan Alhamdulillah juga Allah masih bagi lagi kita merasai kehebatan , kenikmatan yang dikurniakan olehNya dalam Bulan Ramadhan ini . Tidak semua insan terpilih oleh Dia untuk berjumpa kembali dengan Bulan Ramadhan ini . Jadi , kita hendaklah bersyukur kerana kita salah seorangnya yang terpilih untuk berjumpa kembali dengan Bulan Ramdhan , bulan yang penuh kemuliaan, bulan yang terdapatnya satu malam yang dinamakan Malam Lailatul Qadar . Alhamdulillah .
Banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan seperti membaca Al-Quran beserta tafsirannya , Qiammullail , bersedekah , berzikir , berdoa dan banyak lagi . Dalam Bulan Ramadhan ini elok sangat jika kita sering berdoa padaNya tambah-tambah lagi berdoa tatkala waktu berbuka . "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala berbukanya, waktu doa yang tidak ditolak" -Ibn Majah . Jadi , marilah kita sama-sama mengamalkan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan pahala pada setiap apa yang kita lakukannya . Jangan hanya kerana berpuasa kita jadikan ianya satu alasan penat untuk melakukan perkara-perkara lain .
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1436H ~ Mohon maaf kepada anda semua ;)
*Thanks to all my readers* Jika ada kekurangan, kesilapan mohon maaf :) Jumpa di lain post ~
by : #writerblog
No comments:
Post a Comment