Saturday, 20 June 2015

**true story**




Bismillahirrahmanirrahim . 


Today , nak cerita about **true story** (speaking) Hiks ! Memang true punya story , bukan rekaan semata . Ceritanya begini ----- 


      Satu hari , ada seorang ukhti ni , dia sedih sangat , sangat-sangat sedih dengan apa yang terjadi (adalah something happen ni kan) . Then , dia menangis (biasa lah nama pun *perempuan* cepat lah air mata dia keluar) . Dia menangis masa tu sebab dia rasa dia dah give up sangat , sangat-sangat give up , sampai tak pernah dia rasa sedih macam tu . Tambah lagi bila dia rasa sedih tu , tak ada *NOBODY*/ *NO ONE* (englishnya) ambil peduli , tiada siapa tahu dia tengah menangis , sedih masa tu like orang selalu sebut "who cares" ? Haa macam tu lah . 

      Tengah-tengah dia menangis tu , dia pegang handphone dia , lepas tu ada lah whatsapp masuk , dia tengok , whatsapp group kawan-kawan sekolah dia . Masa tu , dia tak nak lah buka and baca lagi mesej whatsapp tu , dia biarkan dan terus menangis . Lepas beberapa minit tu , terdetik hati dia untuk buka whatsapp kawan dia hantar dekat group sekolah dia tu . 

      Dia buka dalam keadaan air mata masih lagi menitis . Then , dia baca mesej whatsapp kawan dia hantar tu , dan mesej tu membuatkan dia bertambah menangis , dan terus lagi menangis dengan lebih dasyat dari sebelumnya . Nak tahu apa isi mesej yang kawan dia hantar tu ? -------


                " Allah sayang orang ini , bila dia ditimpa kesusahan , kesedihan , tiba-tiba Allah hadirkan seseorang untuk bagi bantuan sama ada dari segi harta , nasihat dan apa-apapun untuk meredakan dan meraih lagi ketenangan . 

Tapi ...

Allah lebih sayang orang ini , bila dia ditimpa kesusahan , kesedihan , kesakitan , tiada seorangpun yang datang , dia menangis , tiada siapa pun di sisi , tapi tiba-tiba Allah ilhamkan dalam hati suatu ketenangan, tiba-tiba Allah tunjukkan suatu kata-kata yang menyebabkan dia bermuhasabah diri , tiba-tiba ujian yang dia terima dia merasa ketenangan , orang ini selalunya Allah pujuk secara direct , Allah pujuk sendiri bukan pada perantaraan "...

        Then , ukhti itu pon merasa lebih tenang daripada sebelumnya , selepas dia baca apa yang kawan dia hantar . Dia mengesat air matanya , beristighfar dalam hati , dan ukhti itu pun berasa bersyukur kerana apabila dia sedih , walau tiada siapa tahu , tiada siapa peduli tapi masih ada lagi yang ingat akan dia , sayang akan dia , iaitu Allah Azzawajalla . Allahuakbar . Malah Allah pujuk direct pada dia tanpa bantuan sesiapa di sisi untuk memberi semangat . 

      The point kat sini , kalau kita sedih macam mana sekalipun , give up macam mana pun , bila kita tiada siapa-siapa tempat untuk mengadu , jangan risau , Allah itu masih ada . Allah dengar , Allah tahu apa kita rasa . Hanya satu , doa , mohon , mengadu pada si Dia yang Maha Berkuasa . In shaa Allah hati akan tenang bila mengadu pada si Dia . Wallahualam .

Thanks to all my readers , mohon maaf jika ada kekurangan atau kesilapan dalam post ini . Jumpa di lain post , In shaa Allah . 

by : #writer 


Thursday, 18 June 2015

RAMADHAN :)


Image result for ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim . 

       Alhamdulillah , syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan Alhamdulillah juga Allah masih bagi lagi kita merasai kehebatan , kenikmatan yang dikurniakan olehNya dalam Bulan Ramadhan ini . Tidak semua insan terpilih oleh Dia untuk berjumpa kembali dengan Bulan Ramadhan ini . Jadi , kita hendaklah bersyukur kerana kita salah seorangnya yang terpilih untuk berjumpa kembali dengan Bulan Ramdhan , bulan yang penuh kemuliaan, bulan yang terdapatnya satu malam yang dinamakan Malam Lailatul Qadar . Alhamdulillah . 

      Dalam Bulan Ramadhan ini , marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Tiada lagi hasutan-hasutan dari syaitan-syaitan , maka inilah peluangnya untuk kita berusaha sedaya upaya menjadi yang lebih baik , terus istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah , bukan sahaja dalam Bulan Ramadhan akan tetapi dalam kehidupan seharian kita . In Shaa Allah . Jangan pula kita menjadi seperti kata-kata ini , "Kamu mahu tahu apa yang paling menakutkan ketika Bulan Ramadhan ? Bila akhirnya kamu sedar hakikatnya kejahatan itu dari kamu , BUKAN dari syaitan" . Nauzubillah . Moga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut . Amin . 

     Banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan seperti membaca Al-Quran beserta tafsirannya , Qiammullail , bersedekah , berzikir , berdoa dan banyak lagi . Dalam Bulan Ramadhan ini elok sangat jika kita sering berdoa padaNya tambah-tambah lagi berdoa tatkala waktu berbuka . "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala berbukanya, waktu doa yang tidak ditolak" -Ibn Majah . Jadi , marilah kita sama-sama mengamalkan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan pahala pada setiap apa yang kita lakukannya . Jangan hanya kerana berpuasa kita jadikan ianya satu alasan penat untuk melakukan perkara-perkara lain . 


                                                            
Image result for ramadhan

                                       
              SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1436H ~ Mohon maaf kepada anda semua ;)

*Thanks to all my readers* Jika ada kekurangan, kesilapan mohon maaf :) Jumpa di lain post ~ 

                                                                                                                                                                                           by : #writerblog 

     

Wednesday, 17 June 2015

IF YOU WANT , YOU MUST HAVE EFFORT !

Image result for EFFORT



        Bismillah . "IF YOU WANT , YOU MUST HAVE EFFORT !" Yesss ! Macam mana sekalipun susah , aku kena usaha ! Usaha tanpa jemu . Satu benda yang kita baru belajar memang akan susah ! Tiada benda dekat dunia ini yang senang . 
Walau macam mana sekalipun kau give up , kau kena bangkit , bangkit dari kejatuhan kau , buat semula dan cuba sehabis baik . Allah akan pandang usaha kau itu , In shaa Allah satu masa nanti dia akan bagi apa yang kau nak , asalkan kau usaha dan yang penting doa, mohon pada Dia ! Dia Maha Berkuasa, Dia Sang Pencipta, Dia tahu segalanya baik buruk untuk diri kita . Kadang-kadang juga , kita anggap sesuatu itu terbaik untuk diri kita, akan tetapi , pada pandangan dan perancangan Allah , itu bukan yang terbaik pada kita . Hanya satu yang perlu diingatkan , perancangan Allah itu lebih baik dari segalanya . 

      Sama juga macam , kalau kita nakkan sesuatu benda yang baru contohnya macam handphone , kalau kita minat sangat dekat satu design handphone tu dan kita berhasrat untuk beli , kita akan buat apa ? Kita mesti kumpul duit , cari duit supaya kita boleh beli juga handphone yang kita minat tu kan , jadi kumpul duit itu merupakan usaha kita untuk mendapatkan sesuatu . So , bila kita dah kumpul duit dengan usaha kita sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain , kita akan dapat juga akhirnya beli handphone yang kita minat tu kan . Macam itu jugak , kalau kita belajar sesuatu yang baru , tak kira apa sekalipun , dan benda yang kita baru belajar tu susah sangat bagi kita , jadi yang penting kita kena USAHA dan USAHA sehabis baik . In shaa Allah di pengakhirannya kita akan dapat sesuatu yang baru itu . Amin Ya Rabb ;) 

Image result for EFFORT


*mohon maaf jika post ini terdapat kekurangan bagi antum semua , cukup hanya #writerblog kongsikan apa yang ada*

   

       Terima kasih kerana sudi membaca post ini dan blog ini ;) Jumpa di lain post , In shaa Allah ~


by : #writer